Tuesday 13 March 2012

Hari Bersama Pelanggan 2012




Hari Bersama Pelanggan Hospital Pitas telah diadakan pada 02 Mac 2012 (Jumaat) bertempat di ruang Lobi Utama Hospital Pitas. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan Hospital Pitas dengan tujuan :

  1. Menjadikan program Hari Bersama Pelanggan sebagai langkah mewujudkan budaya layanan mesra pelanggan di Hospital Pitas.
  2. Menjadikan aduan dan cadangan pelanggan sebagai satu input untuk perancangan dan penilaian program di Hospital Pitas.
  3. Memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam mendapatkan maklumat secara terus.
  4. Mendedahkan perkhidmatan yang disediakan pihak hospital kepada orang ramai dan penjawat awam.

Pada hari berkenaan sebanyak 14 kaunter telah di buka merangkumi semua unit di dalam Hospital Pitas. Setiap kaunter yang di buka menerangkan peranan dan fungsi unit itu sendiri. Pelanggan, orang awam dan penjawat awam boleh mendapatkan sebarang maklumat yang lebih terperinci dengan mengunjungi kaunter yang telah disediakan. Pelbagai cenderahati tutur disediakan bagi menarik minat orang ramai berkunjung ke sesuatu kaunter tersebut.
Selain itu, tayangan video turut diadakan di ruang hadapan pameran dengan memperkenalkan perkhidmatan yang ada didalam Hospital Pitas.  Pada masa yang sama tayangan video oleh Unit Farmasi dan Unit Kejururawatan turut di adakan di bilik 7 Jabatan Pesakit Luar. Tayangan itu adalah bertujuan memberikan  pendidikan kesihatan kepada pesakit dan orang awam.

Diharapkan pada masa akan datang lebih ramai orang awam dapat menghadiri aktiviti seperti ini yang merupakan aktiviti tahunan Hospital Pitas.